Friday 14 February 2014

Reunion Ex-SMKLK Batch 2005-2009

Assalamualaikum. 

8 dan 9/2 yang lepas aku join reunion bekas pelajar SMKLK batch 2005-2009. Perancang utama Hafizie Razali bersama Mamat Izwan yang merupakan classmate aku masa sekolah dulu. Dan reunion ini diadakan di Pulau Pangkor uolls. Haha. Tapi ramai kawan juga tak dapat join sebab kerja dan masalah lain. Cuma 13 orang saja yang dapat join. Even sikit, tapi kita orang sangat-sangat enjoy dengan reunion 2 hari 1 malam ni. Kami check in di Suria Beach Resort. Harga sangat berpatutan. Satu bilik boleh muat 7 orang. 




  
Antara aktiviti dalam  reunion ni sukaneka tepi pantai. Planner games: Mamat, macam-macam dia rancang permainan. Memang happening gila. Yelah, dah lama tak jumpa, main games dapat eratkan persahabatan. Malamnya pula ada sesi BBQ. Ini jugak Hafizie dengan Mamat yang sediakan. Memang the best planner la diorang ni. Ayam BBQ yang diorang prepare memang superb, lazat dan menyelerakan. BBQ dibuat di tepi pantai disinari cahaya bulan dan lilin. Candle light BBQ tau. Siap ada props belon-belon lagi tu. Romantik macam orang kawin. Haha. Lepas BBQ ada sesi tukar-tukar hadiah antara kawan-kawan. Pukul 12.30 pagi baru balik bilik, tidur sebab penat sangat.










KAMI : Akma, Ina, Fithrah, Fizi, Kamil, Faiz
Yan, Mamat, Nenah, Anis, Robin, Adi

The next day, pukul 9 pagi aktiviti snorkeling. Aku first time bersnorkeling ni. Takut-takut pun cuba jugak la. Mula-mula rasa nak lemas tapi lepas tu ok sebab pakai safety jacket. Nak menyelam lama-lama memang tak mampu. Dah la air masin.  Aku dapat bagi ikan macam ikan Nemo tu makan roti. Memang cantik. Snorkeling ni menyebabkan aku luka jari tangan dan kaki sebab terpijak batu-batu tajam dalam air. But, seriously it amazing! Pukul 12 tengahari , kena check out. Tapi semua tak nak balik, nak sambung mandi laut lagi. Last-last dekat pukul 1 baru check out. Sebelum balik, singgah kilang jual sate ikan. Perjalanan nak pergi sana punyalah mengerunkan sebab jalan kecil dan selekoh berbahaya. Alhamdulilah, sampai Jeti Lumut pukul 2.30 petang. 



SMKLK di Hati

Reunion kali ni memang the best! Terima kasih kepada kawan-kawan yang terlibat dan sudi meluangkan masa untuk berkumpul bersama-sama. Rasa sekejap sangat 2 hari 1 malam tu. Sekarang nak plan untuk reunion season 2 pulak. Nantikan. Hehe. 


Photo: Credit tu mamat izwan dan kamera fithrah neelam.

Tuesday 4 February 2014

Aku Anak Kampung : Kampung Girl



Assalamualaikum tahun baru 2014. Sebenarnya sekarang dah sebulan aku cuti semester. Baru sekarang terasa nak update blog. Bukan tak ada masa sebelum ni, tapi kalau ada masa pun dok melayan Runningman sensorang. Seperti tajuk dekat atas, terbuka pulak hati aku nak cerita pasal diri sendiri. Hikss. Dah lama nak tulis, tapi asyik pendam je. Haha. 

Ok. First of all, aku anak jati Perak. Aku dilahirkan di Hospital Teluk Intan dan dibesarkan di Perak. Mak dan abah pun asal Perak, kampung sebelah-sebelah je. Pokok pangkalnye, teman ni memang pure Perak le kome. Haha. Sekarang aku menetap di F40, Kampung Pasir Kubu, 36800 Kampung Gajah, Perak. Nah, amik! Alamat surat menyurat aku bagi. Haha. Walaubagaimanapun, aku sekarang berulang-alik dari Sungai Petani, Kedah dek kerana menuntut ilmu di UiTM Merbok kat utara nun. Pheww. 5 jam dalam bas habiskan masa dengan tido. 

Mengikut alamat penuh tadi, tertera ‘kampung’. Yes. Kampung. Aku memang anak kampung. Siapa-siapa pernah sampai Kompleks Sejarah Pasir Salak, dekat-dekat situ la rumah aku. Abah bekas tentera, lepas pencen abah balik kampung kami usahakan kebun kelapa sawit dan durian. Adalah dalam 2,3 kebun sawit abah. Kalau musim durian, memang tak terkata ‘heaven’ dengan durian. Abah memang suka berkebun. Alhamdulilah, dengan hasil kebun-kebun inilah abah sekolahkan aku sampai aku masuk universiti. 

Percaya atau tak, aku pun dah biasa berkebun dengan abah. Yes, memang aku perempuan, tapi bagi kami orang kampung, perempuan pun ikut lelaki berkebun tau. Dari aku sekolah rendah lagi, abah dah ajak aku kutip limau dekat kebun. Masuk sekolah menengah, abah ajak aku kutip buah kelapa sawit yang beratnya tak tahu la nak cakap macam mana. Punya berat. Pacat tu dah jadi perkara biasa. Tapi still aku benci pacat. Haha. Kalau cuti semester pula, aku tolong abah membaja pokok sawit. Aku bawa traktor. Ok, tak percaya? Percayalah. Tapi traktor comel je. Aku lagi expert bawa traktor dari kereta. Haha. 

Dan abah suka ajak aku pergi ‘karen’ ikan dekat tali air. ‘Karen’ tu istilah untuk tangkap ikan guna alat yang memerlukan cas eletrik. Ikan akan pengsan kalau kena ‘karen’. Bila ikan pengsan, aku pegang ikan tu masuk dalam baldi. Haha. Kesian dia. Selalunya dapat ikan haruan, sepat dengan keli. Sangat sedap kalau buat gulai tempoyak. Abah juga selalu buat pembinaan. Rumah yang kami duduk sekarang 70% abah dengan mak buat sendiri. Aku pun selalu kena suruh dengan abah angkat bata, bancuh simen, macam-macam lagi lah. Sebab tu tangan aku lebih kasar dari tangan wanita-wanita lain dekat luar sana. Hikss. Adik beradik aku telah diajar oleh mak dan abah untuk tahu erti susah payah. Kalau korang tak pernah buat kerja-kerja macam ni, korang sangat beruntung sebab tak perlu penat dan korang sangat rugi sebab tak pernah ada pengalaman susah.


Anak kampung macam aku, kena rajin belajar supaya boleh balas jasa mak abah. Alhamdulilah, aku syukur sangat-sangat dapat anugerah naib canselor diploma. Sekurang-kurangnya aku dapat gembira hati mak abah. Kalau baca cerita ni, mesti ingat macam keluarga aku macam orang susah. Tapi tak adalah sesusah orang-orang yang lebih susah. Kami keluarga sederhana. Kesusahan mengajar kami erti hidup bersederhana. Sampai sini saja entry untuk kali ini. Tak lama lagi result pertama untuk degree akan keluar. Mohon untuk doakan aku. Terima kasih. :)


Home Sweet Home