Thursday 25 April 2013

Semester 5: Tamat Sudah Diploma Pengurusan Maklumat



 Assalamualaikum. 
 
Alhamdulilah syukur ya Allah, akhirnya aku telah menamatkan pengajian sepanjang 2 tahun setengah dalam Diploma Pengurusan Maklumat di UiTM Kedah. Pejam celik, pejam celik tak sangka dah tamat pengajian. “Hari ini saya bebas dari segala-galanya,”. Pinjam ayat Johan kejap. Hee. Entry kali ini nak review assignment sepanjang bergelar ‘final year student’.  Secara jujurnya, assignment untuk pelajar IM memang banyak setiap semester. Tak tipu. Aku dah merasai semua itu. Dan wajarkan kalau hipotesis aku diterima. Setelah ditambah, tolak, darab dan bahagi, kesemua assignment part 5 adalah dalam 10. Dan semua assignment ada presentation kecuali untuk subjek Cataloging. Subjek untuk silibus part 5 adalah:
 
IMD301 -  Introduction to Cataloging
IMD302 - Foundation of Archives
IMD306 - Management of Libraries and Resource Center
IMD307 - Reference and Information Services for Information Agencies
IMD308 - Extension Services for Information Agencies
ENT300 - Fundamentals of Entrepreneurship 

Assigment part 5 jauh berbeza dari part 4 dulu. Tugasan kali ini lebih berbentuk ilmiah dan lebih banyak memerlukan penjanaa idea mengarang yang sangat superb. Tapi aku pilih beberapa subjek yang agak core sahaja untuk dikongsikan.

IMD 301
Subjek ini lebih kepada teknikal di mana teknik mengingat dan menulis ‘descriptive cataloging’ diaplikasikan. Every single thing need to be concern even just FULLSTOP. Kalau hilang satu punctuation, hilang juga lah markah. Cataloging tu adalah benda ini: 



IMD 302
Kalau masa part 4, pelajar didedahkan dengan records center, kali ni untuk part 5 akan dikenalkan pula dengan kewujudan arkib. Segala pasal arkib kena tahu termasuklah Akta Arkib Malaysia, tugas-tugas archivist, ethic professionals, bla bla bla.. Assignment macam biasalah ada individu dan group. Untuk individu kena buat term paper. Nak buat term paper ni kena ada atleast 7 sumber dan artikel yang mempunyai authority. Then, comprise all articles in one term paper. Gunalah segala macam kehebatan anda untuk menggoreng ayat dan paraphase. No copy and paste. Kalau nak guna ayat si penulis asal, kena bagi credit dekat dia. I mean, buat in-text citation. Sejujurnya, memang nak muntah baca artikel yang berbelas-belas muka surat. Kalau rasa dah siap dan puas hati, bagi lecturer tengok dulu. Jangan menonong je nak hantar. Mana la ta taw kot ada yang silap.


ENT 300
Fundamentals of Entrepreneurship. Entah aku tak tahu kenapa, tapi aku memang ada masalah nak eja perkataan Entrepreneurship ni. Subjek ini lebih kepada business. Dan aku tak suka business. Memang tak suka. Tapi, demi masa depan ku turutkan juga. Heh. Part yang paling hadcore sekali apabila kita kena set up sebuah company sama ada berlandaskan produk atau servis. Lecturer yang ajar subjek ni nak sesuatu business yang ada WOW effect + INNOVATION. Better sesiapa yang ambil subjek ni dah boleh mula fikir business apa yang korang nak buat. Sebab business tak boleh sama dengan group lain. Dan penyediaan kertas kerja perlu mula dari awal. 

Tak tidur malam nak siapkan kertas kerja dan material untuk present tu memang wajib. Kertas kerja sangat tebal. Tak tipu okey. Group aku buat servis ‘home library cafe’. Aku pun tak tahu la ada inovasi ke tak servis ni. Then, kertas kerja tu akan dibentangkan dalam even Rancangan Perniagaan: VIVA yang turut disertai oleh berpuluh-puluh kumpulan lain. Masa viva time aku saja hari tu, dekat 150 group kot. Alhamdulilah, group aku dapat tempat ke-3 dari semua group. Dapat lah juga habuan RM100. Hehe. Presentation ada 2 sesi. Sesi pertama dengan evaluator yang menilai proposal. Sesi kedua ada special evaluator yang akan menilai proposal untuk pertandingan. Lepas habis present rasa lega sangat. Nah, ada sikit gambar sepanjang viva.

Bookworm House booth

Banner tu I yang design ok sebab I sebagai Marketing Manager. (bangga diri kejap) haha.

Bersama evaluator pertama: Miss Faryna yang comel

Group member: Secret Joy Wantan
Booth Karipap Podey. Seriusly karipap ni sedap gile sebab besar dan ada 3 flavor

 Itulah sedikit sebanyak review pasal assignment part 5. Untuk subjek lain, sama juga susahnya. Terutama untuk subjek Reference Service. Serius, final exam paper Reference Service sangat membunuh. Aku harap sangat lulus subjek tu. Dengar cerita awal Mei nanti result keluar. Doakan aku yaa.
Okey, see next entry.