Friday 22 June 2012

Jun 2012



Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga
Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?


Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh
Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

Andai Ku Bercinta Lagi

























Saturday 16 June 2012

Dia dan PLKN

Assalamualaikum.

Hari ni first time aku sampai Kulim, Kedah. Wahh, teruja. Haha. Actually teman my best friend Myraa Azmie jumpa BF dia, Fitri dekat Kem PLKN Bukit Besar, Kulim. Pertama kali juga masuk dalam kem PLKN. So, aku kena sedar bahawa aku sudah menjangkau usia 20 tahun sedangkan wira-wirawati negara tu baru 18 tahun. Adek-adek lagi. Umur BF Myraa 20 tahun okey, dia tangguh PLKN sebab tu lambat masuk. 


Peace! Eh, lawa laa pulak gmbar ni.  

Muka bahagia dapat makan durian.

Fitri dan Myraa. Sweet laa diorang. Jeles aku. Hehe.

Tengah diorang berdua syok-syok bersembang, fikiran aku menerawang jauh, teringat pada si dia. Dia pun pernah menyertai PLKN dekat Kedah. Melihat wira-wirawati tu pakai baju celoreng dan kemeja berwarna biru, aku membayangkan si dia memakai baju yang sama. Teringat masa dulu, masa dia dekat kem, seminggu sekali dapat contact. Selalu aku yang call dia. Sebab dia susah nak topup. Masa tu kalau call mesti lebih kurang 15 minit je. Bersamaan dengan RM3. Aku topup pun bukan banyak sangat. Kalau dapat call, ada je benda yang dia buat aku tergelak. 

Masa tu risau dia tak dapat adapt duduk kat sana. Alaa, tapi dia lelaki kan, apa pun boleh. Sampai hari last dia kat sana, hari result SPM diumumkan. Aku ingat lagi, dia call aku hari tu. Dia tanya result SPM aku macam mana. Aku cakap, teka laa. Tak sangka, dia dapat teka. Betul pulak tu result yang aku dapat. Lepas tu dia dapat masuk matrikulasi. Aku dapat tawaran politeknik. Kata orang, kalau berjauhan banyak dugaan. Macam itulah kami. Suka, duka makin jarang dikongsi bersama.   


Harus ku akui, sampai detik ini takkan ku lupa kisah kita.
Sekarang semua berbeza. Arhhh, touching kejap. 












Wednesday 13 June 2012

Chapter 4

Assalamualaikum. 

Akhirnya, semester 4 bermula. Bab baru dan kolej baru. Perjalanan baru seorang siswi UiTM. 11/6/2012 lepas, selamat sudah aku mendaftar sebagai pelajar UiTM kembali. Minggu pertama dimulakan denga briefing untuk setiap subjek. Alhamdulilah, lecturer aku semester ni mostly perempuan =.=

Permulaan semester ni juga menyaksikan aku mengalami sakit tekak yang kritikal. Haha. Roomate aku cakap suara aku dah macam Ella. Serius, tak pernah sakit tekak dan batuk macam ni. Punca? Minum minuman berais dengan isipadu yang melampau. Faktor? Suhu dekat Kolej Murni ni sangat HOT. Penyelesaian? Bancuh air asam jawa sendiri+makan ubat batuk. 

Sepanjang minngu pertama, not much to say. Classmates pun ada yang tak masuk kelas lagi. Lama tak jumpa diorang. KIM 4A sekarang dah ada seorang ahli baru. Farah Roslinda namanya. Actually dia patut part 5 dah sekarang sem lepas, tapi ada certain problem, so dia masuk part 4 sama dengan kami. 

Itu saja kot. Line dekat kolej ni kadang-kadang laju, kadang-kadang macam siput. So kena publish entry nie cepat-cepat. Kalau tak sia-sia aku menaip. See next entry. Ops! Here some pictures for all.



Dewan Sarjana 2

Satu Malaysia. Baju aku nampak sangat besar. Menci!

Gila-gila kami. Kelas PC Maintenance.

Bilik baru. Satu je sebab suka bilik ni, nampak sunset.

Makan A&W ramai-ramai. Tengok si Aimi tu.

Cawan dia besaq.











Thursday 7 June 2012

Beginning of Chapter 4

Assalamualaikum.

Satu hari lagi! Yeah. Aku akan bertolak kembali ke UiTM Kedah untuk permulaan semester 4. Woww, semester 4 dah? Lagi satu semester je nak habis. Rasa macam baru lagi daftar masuk universiti. Semester baru, azam baru. Ermm, yeke. Azam? Dapatkan DL lagi untuk semester ni. Kali ni, baju-baju kena bawak sikit je. Sebab aku pindah kolej baru. Kolej Murni. Almari sangat kecik okay. Untuk gegirl macam aku, bunyi je sikit, tapi 2 beg baju besar. Hah! 

Jadual kelas pun dah keluar. Sangat heaven bila tengok jadual kelas semester ni. Hopefully dapat lecturer yang baik+muda. Ngehh2. Satu pemerhatian aku, lecturer muda senang dibawa berbincang dan senang bagi markah. Just my opinion. Here is my schedule. 

Credit to Afifi Rashid for the schedule.

Mostly kelas habis pukul 2. Itu yang paling best. Semester ni 6 subjek sahaja. SAHAJA okey. Berbanding semester lepas 8 subjek. So, petang-petang boleh berjimba-jimba dengan kekawan. Hehe. Semoga semester ni berjalan dengan baik. Amin.



























Sunday 3 June 2012

Awesome Moment with Awesome Friends

Assalamualaikum. 

Lama tak update. Eh, lama ek? So, disisa-sisa cuti semester yang ketiga ni, aku berkesempatan untuk reunion kecil-kecilan dengan ex-schoolmate masa muda-muda dulu. Muda? Okeyh, tak bermaksud aku tua sekarang. Maksud aku, zaman aku pelajar sekolah lagi. Reunion nie disertai oleh Aku, Cik Ina, Cik Lin, Shahir, Hafizie, Izwan, Kamil, Qosim dan Syahiran (sepupu Hafizie). Aku, Shahir, Cik Ina, Cik Lin satu kereta. Driver kami sudah semestinya Shahir yang 'macho'. Haha. Naik pun AHW, Viva Purple. So nice. Hafizie, Izwan, Kamil, Syahiran dengan Qosim naik PAY. Owh, lupa nak bagitaw tarikhnya, Khamis (31/5) yang lepas. Destinasi kami Ulu Chepor, Chemor. Ber"BBQ" wowww... Tengok gambar-gambar bawah nie.

Nampak tu? usaha nak hidupkan api.

Ayam bakar, sosej, jagung, daging burger. Mak aiii, byk nya..


Cik Ina, Cik Lin dan Aku


Aku suka sangat pic ni, thanks Shahir.


2 jejaka yang hot. Haha.


Pukul 1.30 tengahari, kami gerak pergi Jaya Jusco Kinta City pulak. Shahir belanja karaoke. Tapi susah betul nak control lagu dekat situ. Huhhh. Sejam karaoke, kami main boling 1 game. Pun servis yang agak kurang memuaskan. Terutama kasut dan score mark yang agak gila sikit. Habis main boling, Izwan pulak belanja makan Big Apple. Wahh, orang duk pakat belanja. Aku belanja diorang apa? Erm, nanti raya, korang datang rumah aku jelaa okey.


Inilah kami! 
Dari kiri Shahir, Cik Ina, Cik Akma, Cik Lin, Izwan, Kamil, Hafizie, Qosim.

Tepat pukul 8.00 malam kami sampai rumah. Nasib baik rumah aku, Shahir, Lin dengan Ina dekat. Satu kampung je. Sebab tu BFF. Bapak-bapak kami pun dah kenal satu sama lain. So, memang diorang tak marah, tapi kena laa berpada-pada sikit. Overall, hari tu memang best sangat-sangat. Masa dalam kereta tu, duk ralit sangat sembang sampai nyaris nak tersesat. Haha. Thanks you all, I love you.