Sunday 8 April 2012

Fantasi aku

Assalamualaikum...

Hari nie, aku nak story sikit pasal fantasi aku. Kalau kalian rasa nak berhenti baca entry nie, silakan. Sebelum kalian akan tidur tersengguk-sengguk kalau baca entry aku yang bosan nie.


Fantasi 1:

Aku nak main belajar main gitar. Yup. Gitar. Aku memang minat sesangat dengan gitar. Tapi aku tak mampu nak beli lagi. Sebenarnya aku tunggu "prince charming" aku bagi gitar sebagai hantaran kami apabila kami berkahwin nanti. (Okey, jangan percaya-nama pun fantasi). Actually, aku minat lelaki yang reti main gitar. Fantasi aku, kan indah kalau "dia" petik gitar sambil nyanyikan lagu. Bersaksikan pula ombak yang memecah keheningan pantai. Duduk di atas batu. Dan aku, duduk disamping "dia". Melihat kecantikan matahari terbenam bersama-sama. Fantasi aku, macam dalam cerita novel. Huh.. Tadi, aku blogwalking, dan tiba-tiba aku terbaca entry dari Zackzukhairi.blogspot yang menarik minat aku. Entry dia yang ini. Cerita fantasi kami yang sama. Tentang gitar. Dan aku paling suka part dia nak main gitar masa wedding dia nanti. Serius! Sangat bertuah gadis tu nanti. 






Fantasi 2:

Aku nak mempunyai kamera DSLR. Aku minat ambil-ambil gambar nie. Tapi sekarang, memandangkan aku masih belajaq, duit pun sumber dari "pa&ma", satu fantasi  untuk aku memiliki kamera nie. So, kamera handset S.E K660i nie jelaa yang aku guna. Actually again, kalau boleh si "dia" pun aku nak yang kaki kamera. Means, dia yang jadi pen"capture" moment. Kalau si "dia" pun ada kamera DSLR, lagi best. Nanti jimat duit, tak perlu upah photographer untuk ______ kami nanti (okey, fantasi lagi). 





nota kaki: 
Aku dah terjumpa 'seseorang' yang ada relate dengan fantasi aku nie. Siapa dia? What can I say, he born on April. Andakah orang itu?





No comments:

Post a Comment