Sunday 22 April 2012

Dari K ke KL

Assalamualaikum..

Minggu ke-4 cuti semester, aku memperuntukkan masa seminggu untuk 'holiday'. Dari Kampung ke Kuala Lumpur. Kampung? Yela. Kan aku orang kampung. Sebab alamat rumah Kampung Pasir Kubu. 

Untuk pertama kali dalam sejarah aku setelah 20 tahun hidup, aku menaiki keretapi atau train. Zaman sekarang ni, baby umur 3-4 bulan pun dah naik train. Cuma aku yang agak lewat 19 tahun 7 bulan baru dapat naik train. So, 15/4 lepas aku bertolak naik train dari Stesen Keretapi KTM Batu Gajah. Harga tiket standard RM24, kalau student RM 21. Erkkkk. Sama macam harga tiket bas aku untuk balik Kedah. But, nak merasa kan. Dalam train, dapat seat belakang sekali pulak. Plus, train jalan ke belakang. Waduh, pusing aku. Tapi, sama jaa rasa macam dalam kereta. Maybe more safety. 

Tiket
One thing yang membezakan tiket keretapi dengan tiket kenderaan lain iaitu ada masa mula perjalanan dan masa sampai perjalanan. Selalunya kite tengok masa mula perjalanan jaa. Train aku pukul 1009 pagi mula perjalanan dan 1223 tengahari sampai. Sampai KL Sentral, aku simpan beg dekat tempat penyimpanan. RM3 per bag. Perghhh. Mahal. Aku kena RM12 untuk simpan beg jaa. Tapi bukan beg aku sorang. Ada 2 lagi beg kawan aku. 


Pemuzik kaki lima
Aku terjumpa seorang penggiat muzik ni masa dekat KL Sentral. Dia menyanyi sambil petik gitar. Sedap sangat suara dia. Sorry pak, sebab capture gambar bapak senyap-senyap. Masa aku nak balik dari 'holiday', dia stay lagi buat show dekat situ. Demi mencari rezeki yang halal. Menyara keluarga mungkin. 

Next, aku dengan kawan-kawan pergi Times Square. Naik Putra LRT. First time jugak nie. Masa tu pukul 1 tengahari. Train agak padat dengan manusia. Aku pulak kena berdiri sebab tak ada seat. But, it's okey. Even ada 2-3 orang lelaki muda yang duduk dekat seat tanpa pelawa aku untuk duduk tempat dia. Teringat aku iklan dalam TV yang Adlin Aman Ramli dalam train tu. It's vice versa. 


Ini gambar real yang aku capture.

Sebelah aku, ada 2 orang girls yang free hair. Sorang pakai dress labuh belang-belang. Sorang lagi aku tak ingat pakai apa. Seems like school students lagi. Tapi,ada satu persamaan girls ni yang buat aku agak annoying dengan diorang. Pakai spect bingkai tebal, ada reben kecil dekat bingkai tu, tapi cermin spect tak ada! What the nonsense. Dikk, kalau nak bergaya pun, biar laa bertempat yaa. Pelik aku tengok. So, diorang pakai spect untuk apa? Fashion? Ermm, maybe. Aku orang Kampung yang tak tahu dengan fashion orang Kuala Lumpur. 

Sampai jaa Times Square (T.S), cari tempat makan sebab perut dah lapar. Lepas tu, pusing satu T.S. Dari 1st floor sampai 10th floor kami pusing. Semua tempat baju-baju, kasut, semua weardrobe laa ada. Jadi inilah T.S yang disebut-sebut oleh orang Key-El. 


Gambar ni masa dalam lif. Bukti ada 10 tingkat.


Ingatkan MUSE ni nama band je. Rupanya nama kedai pun ada jugak.

Sampai pukul 5, kami gerak balik pergi ke KL Sentral untuk ambil barang. Then, pergi pulak Ukay Perdana, rumah adik kawan aku naik teksi. RM 9.90 tambang. Tamat perjalanan untuk hari pertama. 


Hari kedua, Mid Valley megamall. Sama jugak laa macam T.S tu. Semua tempat weardrobe dengan makanan jaa. Aihhhh, bosan pulak. Tapi kali nie, kami tengok wayang 3 Temu Janji. Rating 3/6 aku bagi. Biasa-biasa jaa. Tiket RM9- student price. Masa ni aku rasa (I Miss Sungai Petani). Sebab wayang dekat Central Square SP baru RM5. Murah kan. 


Untuk 3 orang. Aku, bf aku, dengan ??

Habis wayang, serbu McD. Ala carte jaa. Sebab nak balik cepat. Otw nak cari parking, ada pulak fashion show dekat ground floor. Fashion show untuk jenama NOSE. Okey, aku pelik lagi. Ada jugak jenama macam tu. So, kami stop sekejap, cuci-cuci mata tengok model-model ala-ala omputih tu. Habis show, si pengacara pulak announced nama Mizz Nina (artis Melayu ala Inggeris merangkap isteri Noh-Hujan). Wow! Ada retisss. Sempat jugak capture gambar dia. 


Model NOSE

Yang belakang sekali tu Mizz Nina. Tarian apa diorang buat aku pun tak taw.

Itu jela yang menarik untuk diceritakan kott. Terima kasih dekat kawan-kawan terutama Miss L (bukan nama sebenar) sebab bawak jejalan dekat sini. Rasanya tak betah kalau aku nak tinggal selama-lamanya dekat KL. Sebab sesak dengan orang ramai+warga asing. Kadang-kadang rasa aku 'holiday' dekat Bangladesh atau Pakistan atau Indonesia. Tak kurang jugak Australia. Sebab ramai sangat warga asing dekat sini. Duit pulak, keluar macam air. Konklusinya, aku pilih Kampung dari Kuala Lumpur. Kampung yang tak sesak, udara nyaman dan sentiasa tenang dari hutan batu+konkrit. 

Okey, jumpa next entry! 


Yang bawah-bawah nie just gambar masa tak ada keje.


Malam di metropolitan

Pagi di metropolitan : OTW balik.

Cermin sisi metropolitan : OTW balik.


With my best friend. Kanan (aku)

































No comments:

Post a Comment