Thursday 12 April 2012

Bila Rindu

Rindu? Yup. Aku rindu pada......... UiTM Kedah! Baru cuti 2 minggu setengah, dah rasa rindu. Serius, aku dah jatuh cinta selepas setahun duduk dekat sini. Wahaha~~ Ayat tak  boleh blaa kan. Entry aku sebelum nie pasal Memori of PSIS. Hari nie, aku nak cerita pasal UiTM Kedah pulak. Sebab, kalau rindu mesti kita teringat dekat "dia" kan. Okay, first, UiTM Kedah terletak di area Merbok, Kedah. Dikeliling dengan gunung-ganang especially Gunung Jerai, kebun getah dan kelapa sawit. Hahaha. UiTM Kedah nie pedalaman ke? Ermm... Not much laa.Cuma on the way nak ke UiTM, kena lalui kawasan macam nie. Bandar terdekat ialah Sungai Petani. Lebih kurang 15-20 minit kalau naik kereta dan 2 hari 2 malam kalau jalan kaki. But, don't worry, perkhidmatan kereta sewa disediakan dekat depan uni. So, sediakan duit je.Yang best, dekat-dekat UiTM Kedah nie banyak tempat-tempat menarik yang korang boleh pergi. Contohnya Central Square, Village Mall, Tanjung Dawai, Pantai Merdeka, Muzium Lembah Bujang dan Gunung Jerai. So, tak ada laa boring sangat hujung minggu korang if korang habiskan masa dengan tawaf tempat-tempat yang aku cakap. Tapi, duit pun mencurah-curah macam air. Hahaha.


Tanjung Dawai semasa sunset. Masa nie, aku dengan budak2 kelas tengah makan2.


Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Abaikan 2 orang gadis tu. Haha.


Village Mall



Okey, now let's round UiTM Kedah. Bermula dengan pagar UiTM dulu.


Kurang jelas tulisan UiTM cawangan Kedah sebab pokok-pokok bunga yang cantik tu menghalang. Lupa pula nak clik-clik gambar Polis Bantuan yang duk jadi spy student-student keluar masuk uni. Ok, aku malas nak bercerita pasal polis bantuan. Sebab kalau cerita, satu entry dah confirm. 




Ini pula, Dewan Perdana. Dirasmikan oleh ayahanda UiTM. Baru je dibina setahun yang lepas. Kapasiti 500-800 orang. Kalau nak "book" dewan, kena pergi dekat Unit Fasiliti. Again, kalau nak cerita pasal Unit Fasilit, mau kena ada 2 hari untuk buat entry yang bertajuk, "Aku, Dia & Unit Fasiliti". Sebab ada cerita suka duka di sebalik unit nie. Owh, kembali kepada cerita dewan tadi. Gambar atas tu nampak tak ada dua orang yang tengah berpeluk erat seolah-olah diorang pasangan kekasih? Diorang tu best friend aku, Aimi dengan Mira. Gambar nie masa bulan puasa tahun lepas. Ada bazar Ramadhan dekat sini. Itu pun baru mula sem lepas setelah student-student mogok dekat rektor yang diorang tak nak belajar kalau tak ada bazar dekat dalam uni. So, dengan prihatinnya rektor telah benarkan buka bazar Ramadhan. Plus, ada pasar malam yang dipanggil "Uptown" pada setiap hari Rabu. WoW! Rektor UiTM Kedah memang best!





Ini pemandangan dari Blok Akademik B. Blok B menempatkan bilik kuliah dari nombor 1 sampai 20 kot. Erm, aku pun tak ingat. Dinasihatkan bawak shawl atau baju sejuk kalau korang dapat belajar dalam kelas nie. Untuk makluman, setiap kelas dekat sini sejuk macam Kutub Utara nun. Dekat sini jugak ada beberapa buah makmal komputer dan bilik pensyarah. Okay, untungnya sebab pensyarah dapat bilik satu sorang. Korang nampak tak ada khemah banyak-banyak tu? Area tu dinamakan sebagai Courtyard. Tempat "open-air". Kalau nak buat manifesto pilihanraya kampus ke, memang sesuai. Courtyard ni jugak laa tempat aku dengan budak-budak kelas buat Final Project Drama PGL kami masa sem 2 yang lepas. 




Ini Blok C a.k.a blok Cadbury. Cadbury? Sebab blok nie warna ungu macam warna theme cadbury kan. Dekat sini bilik kuliah dan pensyarah.  Bilik kuliah yang mula dari C1 sampai C29 kot. Bilik kuliah yang paling selesa, bagi aku. 




 Ini Blok TEC. Blok yang design ala-ala Inggeris. Macam Gurukul dalam cerita Mohabbatein pun ada. Aku suka dengan suasana blok TEC. Memang terasa belajar dekat oversea taw! Tapi, ada macam-macam cerita pasal blok nie. Mostly cerita seram kot. Dekat sini ada jugak Kiosk Usahawan Muda yang menjual pelbagai makanan as well as nasi lemak, bihun goreng, roti, air kotak. Pendek kata, makanan kat kiosk akan sentiasa habis dek diserbu oleh pelajar-pelajar yang sentiasa lapar. 




Gambar ni Kolej Malinja. Kolej untuk siswa semester 1 sampai 2 sahaja. Lepas tu pandai-pandai la korang kena cari rumah sewa dekat luar. Tak pun apply duduk dekat Kediaman Taman Universiti (KTU) kat area Bedong. Kolej Malinja ada 2 bahagian. Malinja A dan Malinja B. Kolej ni famous sebab pernah masuk masuk surat khabar dengan TV. Hahaha. Kau ade? Pasal apa masuk TV? Ampa pi laa selongkaq Google nun. 




Yang ni pulak Kolej Masria dan Mahsuri. Kolej untuk siswi semester 1 sampai 3. Okey, nampak Retro kan? But, retro-retro dia pun, aku sayang kolej nie weyh! Best duduk kat kolej nie. Antara blok M3 dengan M4, ada satu court permainan. Paling best, malam-malam kau baring atas court sambil tengok bulan dengan bintang kat langit. Tu pun kalau hari tak hujan. Memang heaven lagi bila ajak pulak teman sehati sejiwa kau share kisah patah hati ke, tak pun partner gosip-gosip kau join sekali. Best! Sebab aku pernah buat benda nih. Tapi hati-hati bila timing pukul 12 ke atas. Ada anasir-anasir yang mula berkeliaran. Hah! Serius, aku pernah kena.





Ini pula Kolej Murni. Kolej ini baru siap. Kolej nie untuk siswi semester 4 dan sapa-sapa yang buat rayuan kolej akan dihantar ke sini. Semester depan aku akan kena tendang pindah dekat kolej ni. Dah la tingkat 4 tu. ARHHH!! Tak suka betul. Kolej nie paling jauh dengan bilik kuliah. Jalan kaki, atleast 20 minit baru sampai. Tambah pulak bila kelas pukul 2. Perhhhh...memang "sejuk"hot laa kan. Tangan tu memang takkan lekang dari pegang payung dengan botol air. Kalau tertinggal barang dekat kolej, memang aku redha jela. Kalau assignment yang kena submit, maybe aku fikir 2 kali. 


Disebabkan aku rindu dengan UiTM Kedah, entry hari ini khas untukmu.Wahaha.
Lagi sebulan setengah sebelum dapat jejak kan kaki dekat sini lagi. Plus, aku dah pandai cakap loghat utara sikit-sikit. Semester depan hope dapat jalan-jalan dekat Aloq Setaq, Kulim, Yan, Pendang, Sik, Jitra, Changlun ka. Erkkk. Semua wilayah aku mention  dah nie. 
Kepada kawan-kawan sekelas atau sekelaih(bukan kelahi), aku rindu kat ampa aihhh. Ampa jaga diri elok-elok naa.



Jumpa next entry. Assalamualaikum.





















2 comments:

  1. macam mana saya nak contact awak ya? nak tanya berkaitan uitm merbok

    ReplyDelete
  2. salam, macam mana nak pergi uitm merbok kalau dari station ETS sungai Petani?

    ReplyDelete