Sunday 29 April 2012

Result of Chapter 3

Assalamualaikum. 

Lega. Alhamdulilah. Hanya itu yang aku mampu ungkapkan setelah penantian sebulan berakhir. Wah! Ayat sadis. Actually, result untuk final exam semester 3 dah diumumkan 27 April lepas. Cuma hari nih baru sempat update blog pasal result nih. Bukan nak membangga diri atau apa. Cuma, nak berkongsi ke'legaan' dan ke'tensionan' semasa tunggu result nih. Tadaaa... nie result aku.




Kalau ampa tak paham tengok result nih, buat-buat paham nohh. Awat banyak sangat simbol (-) kat grade ni tak taw. Actually, pointer aku semester nih turun 0.16 dari semester lepas. Adui! Banyak gila turun. Walaupun agak kecewa, tapi kegembiraan aku lebih mengatasi kekecewaan. Sebab aku dapat 'maintain'kan Dean List untuk semester nih. Macam dalam entri aku yang ni, semester nih memang penuh pancaroba. Tapi alhamdulilah, result aku baik. Cuma aku kena bertahan dan kekalkan result yang excellent untuk 2 semester lagi jaa untuk dapatkan ANC. Doakan aku yaa. Setakat ni, yang aku tahu, teman sehati sejiwa aku iaitu roomate aku jugak Kak Qila, dia pun dapat Dean List. Tahniah kak! Tahniah jugak kepada kawan-kawan KIM 3A dan KIM 3B yang pointer meningkat. Pada yang kurang, jangan sedih yaa. Kita ada lagi 2 semester. Pasti boleh. Chaiyok! 


Okey, see next entry yaa.!





















Monday 23 April 2012

Pemuda Yang Ikhlas Mencintai

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."


Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.


Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.


Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."


Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...


Beberapa bulan kemudian...


Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.


Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.


"Catrina?"


Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.


Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."



                                                ----------TAMAT------------



Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?




Sunday 22 April 2012

Dari K ke KL

Assalamualaikum..

Minggu ke-4 cuti semester, aku memperuntukkan masa seminggu untuk 'holiday'. Dari Kampung ke Kuala Lumpur. Kampung? Yela. Kan aku orang kampung. Sebab alamat rumah Kampung Pasir Kubu. 

Untuk pertama kali dalam sejarah aku setelah 20 tahun hidup, aku menaiki keretapi atau train. Zaman sekarang ni, baby umur 3-4 bulan pun dah naik train. Cuma aku yang agak lewat 19 tahun 7 bulan baru dapat naik train. So, 15/4 lepas aku bertolak naik train dari Stesen Keretapi KTM Batu Gajah. Harga tiket standard RM24, kalau student RM 21. Erkkkk. Sama macam harga tiket bas aku untuk balik Kedah. But, nak merasa kan. Dalam train, dapat seat belakang sekali pulak. Plus, train jalan ke belakang. Waduh, pusing aku. Tapi, sama jaa rasa macam dalam kereta. Maybe more safety. 

Tiket
One thing yang membezakan tiket keretapi dengan tiket kenderaan lain iaitu ada masa mula perjalanan dan masa sampai perjalanan. Selalunya kite tengok masa mula perjalanan jaa. Train aku pukul 1009 pagi mula perjalanan dan 1223 tengahari sampai. Sampai KL Sentral, aku simpan beg dekat tempat penyimpanan. RM3 per bag. Perghhh. Mahal. Aku kena RM12 untuk simpan beg jaa. Tapi bukan beg aku sorang. Ada 2 lagi beg kawan aku. 


Pemuzik kaki lima
Aku terjumpa seorang penggiat muzik ni masa dekat KL Sentral. Dia menyanyi sambil petik gitar. Sedap sangat suara dia. Sorry pak, sebab capture gambar bapak senyap-senyap. Masa aku nak balik dari 'holiday', dia stay lagi buat show dekat situ. Demi mencari rezeki yang halal. Menyara keluarga mungkin. 

Next, aku dengan kawan-kawan pergi Times Square. Naik Putra LRT. First time jugak nie. Masa tu pukul 1 tengahari. Train agak padat dengan manusia. Aku pulak kena berdiri sebab tak ada seat. But, it's okey. Even ada 2-3 orang lelaki muda yang duduk dekat seat tanpa pelawa aku untuk duduk tempat dia. Teringat aku iklan dalam TV yang Adlin Aman Ramli dalam train tu. It's vice versa. 


Ini gambar real yang aku capture.

Sebelah aku, ada 2 orang girls yang free hair. Sorang pakai dress labuh belang-belang. Sorang lagi aku tak ingat pakai apa. Seems like school students lagi. Tapi,ada satu persamaan girls ni yang buat aku agak annoying dengan diorang. Pakai spect bingkai tebal, ada reben kecil dekat bingkai tu, tapi cermin spect tak ada! What the nonsense. Dikk, kalau nak bergaya pun, biar laa bertempat yaa. Pelik aku tengok. So, diorang pakai spect untuk apa? Fashion? Ermm, maybe. Aku orang Kampung yang tak tahu dengan fashion orang Kuala Lumpur. 

Sampai jaa Times Square (T.S), cari tempat makan sebab perut dah lapar. Lepas tu, pusing satu T.S. Dari 1st floor sampai 10th floor kami pusing. Semua tempat baju-baju, kasut, semua weardrobe laa ada. Jadi inilah T.S yang disebut-sebut oleh orang Key-El. 


Gambar ni masa dalam lif. Bukti ada 10 tingkat.


Ingatkan MUSE ni nama band je. Rupanya nama kedai pun ada jugak.

Sampai pukul 5, kami gerak balik pergi ke KL Sentral untuk ambil barang. Then, pergi pulak Ukay Perdana, rumah adik kawan aku naik teksi. RM 9.90 tambang. Tamat perjalanan untuk hari pertama. 


Hari kedua, Mid Valley megamall. Sama jugak laa macam T.S tu. Semua tempat weardrobe dengan makanan jaa. Aihhhh, bosan pulak. Tapi kali nie, kami tengok wayang 3 Temu Janji. Rating 3/6 aku bagi. Biasa-biasa jaa. Tiket RM9- student price. Masa ni aku rasa (I Miss Sungai Petani). Sebab wayang dekat Central Square SP baru RM5. Murah kan. 


Untuk 3 orang. Aku, bf aku, dengan ??

Habis wayang, serbu McD. Ala carte jaa. Sebab nak balik cepat. Otw nak cari parking, ada pulak fashion show dekat ground floor. Fashion show untuk jenama NOSE. Okey, aku pelik lagi. Ada jugak jenama macam tu. So, kami stop sekejap, cuci-cuci mata tengok model-model ala-ala omputih tu. Habis show, si pengacara pulak announced nama Mizz Nina (artis Melayu ala Inggeris merangkap isteri Noh-Hujan). Wow! Ada retisss. Sempat jugak capture gambar dia. 


Model NOSE

Yang belakang sekali tu Mizz Nina. Tarian apa diorang buat aku pun tak taw.

Itu jela yang menarik untuk diceritakan kott. Terima kasih dekat kawan-kawan terutama Miss L (bukan nama sebenar) sebab bawak jejalan dekat sini. Rasanya tak betah kalau aku nak tinggal selama-lamanya dekat KL. Sebab sesak dengan orang ramai+warga asing. Kadang-kadang rasa aku 'holiday' dekat Bangladesh atau Pakistan atau Indonesia. Tak kurang jugak Australia. Sebab ramai sangat warga asing dekat sini. Duit pulak, keluar macam air. Konklusinya, aku pilih Kampung dari Kuala Lumpur. Kampung yang tak sesak, udara nyaman dan sentiasa tenang dari hutan batu+konkrit. 

Okey, jumpa next entry! 


Yang bawah-bawah nie just gambar masa tak ada keje.


Malam di metropolitan

Pagi di metropolitan : OTW balik.

Cermin sisi metropolitan : OTW balik.


With my best friend. Kanan (aku)

































Thursday 12 April 2012

Bila Rindu

Rindu? Yup. Aku rindu pada......... UiTM Kedah! Baru cuti 2 minggu setengah, dah rasa rindu. Serius, aku dah jatuh cinta selepas setahun duduk dekat sini. Wahaha~~ Ayat tak  boleh blaa kan. Entry aku sebelum nie pasal Memori of PSIS. Hari nie, aku nak cerita pasal UiTM Kedah pulak. Sebab, kalau rindu mesti kita teringat dekat "dia" kan. Okay, first, UiTM Kedah terletak di area Merbok, Kedah. Dikeliling dengan gunung-ganang especially Gunung Jerai, kebun getah dan kelapa sawit. Hahaha. UiTM Kedah nie pedalaman ke? Ermm... Not much laa.Cuma on the way nak ke UiTM, kena lalui kawasan macam nie. Bandar terdekat ialah Sungai Petani. Lebih kurang 15-20 minit kalau naik kereta dan 2 hari 2 malam kalau jalan kaki. But, don't worry, perkhidmatan kereta sewa disediakan dekat depan uni. So, sediakan duit je.Yang best, dekat-dekat UiTM Kedah nie banyak tempat-tempat menarik yang korang boleh pergi. Contohnya Central Square, Village Mall, Tanjung Dawai, Pantai Merdeka, Muzium Lembah Bujang dan Gunung Jerai. So, tak ada laa boring sangat hujung minggu korang if korang habiskan masa dengan tawaf tempat-tempat yang aku cakap. Tapi, duit pun mencurah-curah macam air. Hahaha.


Tanjung Dawai semasa sunset. Masa nie, aku dengan budak2 kelas tengah makan2.


Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Abaikan 2 orang gadis tu. Haha.


Village Mall



Okey, now let's round UiTM Kedah. Bermula dengan pagar UiTM dulu.


Kurang jelas tulisan UiTM cawangan Kedah sebab pokok-pokok bunga yang cantik tu menghalang. Lupa pula nak clik-clik gambar Polis Bantuan yang duk jadi spy student-student keluar masuk uni. Ok, aku malas nak bercerita pasal polis bantuan. Sebab kalau cerita, satu entry dah confirm. 




Ini pula, Dewan Perdana. Dirasmikan oleh ayahanda UiTM. Baru je dibina setahun yang lepas. Kapasiti 500-800 orang. Kalau nak "book" dewan, kena pergi dekat Unit Fasiliti. Again, kalau nak cerita pasal Unit Fasilit, mau kena ada 2 hari untuk buat entry yang bertajuk, "Aku, Dia & Unit Fasiliti". Sebab ada cerita suka duka di sebalik unit nie. Owh, kembali kepada cerita dewan tadi. Gambar atas tu nampak tak ada dua orang yang tengah berpeluk erat seolah-olah diorang pasangan kekasih? Diorang tu best friend aku, Aimi dengan Mira. Gambar nie masa bulan puasa tahun lepas. Ada bazar Ramadhan dekat sini. Itu pun baru mula sem lepas setelah student-student mogok dekat rektor yang diorang tak nak belajar kalau tak ada bazar dekat dalam uni. So, dengan prihatinnya rektor telah benarkan buka bazar Ramadhan. Plus, ada pasar malam yang dipanggil "Uptown" pada setiap hari Rabu. WoW! Rektor UiTM Kedah memang best!





Ini pemandangan dari Blok Akademik B. Blok B menempatkan bilik kuliah dari nombor 1 sampai 20 kot. Erm, aku pun tak ingat. Dinasihatkan bawak shawl atau baju sejuk kalau korang dapat belajar dalam kelas nie. Untuk makluman, setiap kelas dekat sini sejuk macam Kutub Utara nun. Dekat sini jugak ada beberapa buah makmal komputer dan bilik pensyarah. Okay, untungnya sebab pensyarah dapat bilik satu sorang. Korang nampak tak ada khemah banyak-banyak tu? Area tu dinamakan sebagai Courtyard. Tempat "open-air". Kalau nak buat manifesto pilihanraya kampus ke, memang sesuai. Courtyard ni jugak laa tempat aku dengan budak-budak kelas buat Final Project Drama PGL kami masa sem 2 yang lepas. 




Ini Blok C a.k.a blok Cadbury. Cadbury? Sebab blok nie warna ungu macam warna theme cadbury kan. Dekat sini bilik kuliah dan pensyarah.  Bilik kuliah yang mula dari C1 sampai C29 kot. Bilik kuliah yang paling selesa, bagi aku. 




 Ini Blok TEC. Blok yang design ala-ala Inggeris. Macam Gurukul dalam cerita Mohabbatein pun ada. Aku suka dengan suasana blok TEC. Memang terasa belajar dekat oversea taw! Tapi, ada macam-macam cerita pasal blok nie. Mostly cerita seram kot. Dekat sini ada jugak Kiosk Usahawan Muda yang menjual pelbagai makanan as well as nasi lemak, bihun goreng, roti, air kotak. Pendek kata, makanan kat kiosk akan sentiasa habis dek diserbu oleh pelajar-pelajar yang sentiasa lapar. 




Gambar ni Kolej Malinja. Kolej untuk siswa semester 1 sampai 2 sahaja. Lepas tu pandai-pandai la korang kena cari rumah sewa dekat luar. Tak pun apply duduk dekat Kediaman Taman Universiti (KTU) kat area Bedong. Kolej Malinja ada 2 bahagian. Malinja A dan Malinja B. Kolej ni famous sebab pernah masuk masuk surat khabar dengan TV. Hahaha. Kau ade? Pasal apa masuk TV? Ampa pi laa selongkaq Google nun. 




Yang ni pulak Kolej Masria dan Mahsuri. Kolej untuk siswi semester 1 sampai 3. Okey, nampak Retro kan? But, retro-retro dia pun, aku sayang kolej nie weyh! Best duduk kat kolej nie. Antara blok M3 dengan M4, ada satu court permainan. Paling best, malam-malam kau baring atas court sambil tengok bulan dengan bintang kat langit. Tu pun kalau hari tak hujan. Memang heaven lagi bila ajak pulak teman sehati sejiwa kau share kisah patah hati ke, tak pun partner gosip-gosip kau join sekali. Best! Sebab aku pernah buat benda nih. Tapi hati-hati bila timing pukul 12 ke atas. Ada anasir-anasir yang mula berkeliaran. Hah! Serius, aku pernah kena.





Ini pula Kolej Murni. Kolej ini baru siap. Kolej nie untuk siswi semester 4 dan sapa-sapa yang buat rayuan kolej akan dihantar ke sini. Semester depan aku akan kena tendang pindah dekat kolej ni. Dah la tingkat 4 tu. ARHHH!! Tak suka betul. Kolej nie paling jauh dengan bilik kuliah. Jalan kaki, atleast 20 minit baru sampai. Tambah pulak bila kelas pukul 2. Perhhhh...memang "sejuk"hot laa kan. Tangan tu memang takkan lekang dari pegang payung dengan botol air. Kalau tertinggal barang dekat kolej, memang aku redha jela. Kalau assignment yang kena submit, maybe aku fikir 2 kali. 


Disebabkan aku rindu dengan UiTM Kedah, entry hari ini khas untukmu.Wahaha.
Lagi sebulan setengah sebelum dapat jejak kan kaki dekat sini lagi. Plus, aku dah pandai cakap loghat utara sikit-sikit. Semester depan hope dapat jalan-jalan dekat Aloq Setaq, Kulim, Yan, Pendang, Sik, Jitra, Changlun ka. Erkkk. Semua wilayah aku mention  dah nie. 
Kepada kawan-kawan sekelas atau sekelaih(bukan kelahi), aku rindu kat ampa aihhh. Ampa jaga diri elok-elok naa.



Jumpa next entry. Assalamualaikum.





















Tuesday 10 April 2012

Memori of PSIS

Assalamualaikum...haihhhh, duduk rumah nie, tak tahu nak buat apa. So, update blog je laa kerja aku. Pagi ini, aku mengimbau kembali kenangan lama. Zaman aku muda-muda dulu dekat PSIS. Tahu tak PSIS ni apa?  It's short name for Politeknik Sultan Idris Shah. Salah satu daripada politeknik yang ada dekat Malaysia nie. PSIS juga politeknik yang ke-17 dalam sejarah. Inilah tempat pengajian aku yang pertama lepas tamat SPM dulu. Aku dapat sambung dalam bidang Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian). 17DNS10F1012, itu nombor matrik aku. Ingat lagi taw. Dekat sini mula-mula aku belajar erti hidup berdikari. Sebelum nie mana penah aku duduk kat asrama. Disebabkan PSIS adalah IPTA, tak adalah macam ketat sangat peraturan kolej nya. Kawan-kawan kelas aku masa tu ada 40 orang rasanya tak silap aku.


Boys:
Zack, Nalie, Amir, Roy, Areep, Muis, Quan, Yan, Liezan, Kechik(zuwan), Amir, Ejai, Hazem, Hafiz, Din, Wan(abe), Syazwan, Latif.


Girls:
Jue, Jumi, Aimi, Miera Mazmin, Mira(Panjank), Diha, Rubini, Aishah, Yana, Ana, Fara, Wanie, Aina, Farah, Indra, Sarah, Hafsah(angah), Nad, Ain, Susi, Umaira.


Ada aku tertinggal mention sesapa tak?
Tadaa! Ini lah kami..





Cun tak? 
Hensemkan diorang...hahaha...


Ini roomate aku.. Mira(panjank), Jue, aku, Jumie


**Gambar-gambar dari mukabuku kawan-kawan nie.

Okey, tu pasal kawan-kawan, sekarang pasal PSIS pulak. PSIS ini memang tempat yang sesuai laa untuk belajar. Memang aman dari gangguan fizikal(kot). PSIS ni belakang dia laut. Petang-petang boleh tengok sunset kat pantai belakang poli. Tapi kalau kena Tsunami, haru jugak nih. Ada juga tasik yang dipenuhi oleh haiwan reptilia seperti b*****. Tapi PSIS nie jauh dari pekan. Almaklumlah, pedalaman. Pekan yang terdekat, Sungai Besar dengan Teluk Intan je. Sebab tu, duduk kat PSIS nie, duit jimat sikit. Sebab tak selalu berjimba dengan kawan-kawan. 

Ini tasik waktu petang.

Ini Pusat Islam. Gambar ni tak edit sikit pun. Dan aku yang snap gambar nie :P

Sunset di PSIS. Nampak tak laut kat belakang tu. Cantik sangat.


Ini pemandangan dari atas. Tapi bahagian kolej tak masuk dalam nie.

Overall, belajar dekat PSIS memang seronok. Cuma kena sabar dengan kekurangan yang ada sikit-sikit. Sebab ia agak pedalaman. Tapi boleh je survive kat sini. Okay, see next entry yaa!















Sunday 8 April 2012

Fantasi aku

Assalamualaikum...

Hari nie, aku nak story sikit pasal fantasi aku. Kalau kalian rasa nak berhenti baca entry nie, silakan. Sebelum kalian akan tidur tersengguk-sengguk kalau baca entry aku yang bosan nie.


Fantasi 1:

Aku nak main belajar main gitar. Yup. Gitar. Aku memang minat sesangat dengan gitar. Tapi aku tak mampu nak beli lagi. Sebenarnya aku tunggu "prince charming" aku bagi gitar sebagai hantaran kami apabila kami berkahwin nanti. (Okey, jangan percaya-nama pun fantasi). Actually, aku minat lelaki yang reti main gitar. Fantasi aku, kan indah kalau "dia" petik gitar sambil nyanyikan lagu. Bersaksikan pula ombak yang memecah keheningan pantai. Duduk di atas batu. Dan aku, duduk disamping "dia". Melihat kecantikan matahari terbenam bersama-sama. Fantasi aku, macam dalam cerita novel. Huh.. Tadi, aku blogwalking, dan tiba-tiba aku terbaca entry dari Zackzukhairi.blogspot yang menarik minat aku. Entry dia yang ini. Cerita fantasi kami yang sama. Tentang gitar. Dan aku paling suka part dia nak main gitar masa wedding dia nanti. Serius! Sangat bertuah gadis tu nanti. 






Fantasi 2:

Aku nak mempunyai kamera DSLR. Aku minat ambil-ambil gambar nie. Tapi sekarang, memandangkan aku masih belajaq, duit pun sumber dari "pa&ma", satu fantasi  untuk aku memiliki kamera nie. So, kamera handset S.E K660i nie jelaa yang aku guna. Actually again, kalau boleh si "dia" pun aku nak yang kaki kamera. Means, dia yang jadi pen"capture" moment. Kalau si "dia" pun ada kamera DSLR, lagi best. Nanti jimat duit, tak perlu upah photographer untuk ______ kami nanti (okey, fantasi lagi). 





nota kaki: 
Aku dah terjumpa 'seseorang' yang ada relate dengan fantasi aku nie. Siapa dia? What can I say, he born on April. Andakah orang itu?





Saturday 7 April 2012

If I Let You Go...

If I let you go
Something I belong
Forever will be gone
Love is never shine




                                                                                                              It's hard to say
                                                                                                  .....Since you far away





                                                                                       

Monday 2 April 2012

Sweet ending of Chapter 3

Assalamualaikum... jumpa lagi kita kan... mestilah! Because this is my blog =)

Okey, nak cerita sikit 31/3 yang lepas, i'm free.. free from books and all facts! Maksud aku, exam untuk semester nie dah habis... just tunggu result bulan 5 nanti.. Hopefully dapat yang terbaik! InsyaAllah... 


Selepas je exam habis, aku dengan my beloved roomate, merangkap "kakak", partner gosip, teman sehati sejiwa aku iaitu Kak Qila merancang untuk raikan hari habis exam kami dengan makan Tutti Frutti dekat Village Mall... macam biasa, kak Q laa yang drive... so kami sewa kereta, naik 4 orang...termasuk si comel Auji dengan roomatenya yang cun Zaty Yazid... Aimi, Mira, Eza dengan Fila tak dapat ikut sebab family diorang dah datang ambil... So, kami2 jelaa...


Masa dalam kereta, dekat Lagenda Heights, Miss Khadijah call... Miss ajak kiteorg pergi Tutti Frutti jugak... Alahai~~~ Miss macam taw2 jaa kan masa tu...hehehe... Miss ajak Farah dengan Ima sekali... paling unbeliveable, Miss ajak si Nabil dengan Kay Tre jugak... erghhhhh! Hari tu aku ajak, diorang jual mahal...tak mau pergi laa konon..huhhhh... so, kiteorg jumpa laa Miss dekat VM pukul 8.30 malam... tunggu punya tunggu si N dengan si K nie tak sampai2 lagi...pukul 8.55 baru diorang datang... naseb baik tak tutup kedai tu taw! Btw, it's sweet nite...mana tak nya... semua duk makan aiskrim kan...dan semua orang enjoy dan happy... yang terlebih2 "perasan" pun ada jugak.... 




***agak sopan apabila aku dengan Kak Q pakai baju kurung masa tu...

End of Chapter 3

Assalamualaikum...


Alhamdulilah...berakhir sudah semester 3 untuk pengajian Diploma aku... Wah! Seriously, rasa kejap jaa..(loghat utgha sat)... Apa yang boleh aku gambarkan untuk semester 3 nie, fuhhh...banyak dugaan dan cabaran! Terutama bab pelajaran dan hati.......
Okay, setelah khatam semua subjek untuk subjek ni, aku nak cerita sikit exit survey yang aku boleh simpulkan untuk setiap subjek...hahahaha...amboihhh, dah macam lecturer dak aku nie???



BEL311-ENGLISH FOR ACADEMIC PURPOSES
Ini subjek English..sem nie, subjek ni agak killer sebab kena buat academic writing.. Tambahan pula kena buat CITATION... disebabkan aku ini adalah student IM yang berkait rapat dengan library, so tak ada masalah sangat laa nak buat benda nie...tapi kadang-kadang, ada jugak kesilapan...Subjek ni Miss Afifah yang ajar, which is so simple  and sweet lecturer...  Ni gambar kami dengan Miss Afifah masa last kelas BEL..

yang tengah ambil gambar tu, Zainal.. classmate aku..baju coklat ala2 gold tu our lecturer..


CTU264-ISLAMIC INFORMATION MANAGEMENT 
 Ini subjek agama.. Maaf, tak sempat nak bergambar dengan Ustaz Yumni...hehehe..tapi yang boleh aku katakan, muka Ustaz Yumni iras-iras muka Aaron Aziz...korang ada? hehehehe... Best belajar dengan Ustaz Yumni...sampai sekarang aku masih ingat fakta "Epistemologi Islam" yang sangat panjang falsafahnya....



HSM115-RECREATION I 
Okay! Ini subjek paling santai... Kokurikulum aku dekat UiTM Kedah... sem ni, aku pilih Rekreasi... sebab dah jemu masuk Kesatria Negara... walaupun dalam kelas Rekreasi ni aku mengantuk sebab 'boring', tapi masa last kelas, kami buat aktiviti berkayak... For the first time aku berkayak... Kami laa first batch yang berkayak dekat tasik foodcourt nie...hehehe...Seriously, best sangat! Kalian patut cuba taw... Terima kasih kepada En.Zamri sebab jadi tenaga pengajar kami....Kat bawah nie bukti kami berkayak..





IMD202-PROMOTION OF INFORMATION PRODUCTS AND SERVICES 
Ini subjek fakulti IM.. singkatan untuk subjek ni "Promotion"... En.Azam, lecturer kami... Tapi tak ada laa gambar dengan En.Azam... Beliau seorang yang sempoi, open-minded dengan student-student... Cool je bila masuk kelas dia...sebenarnya untuk subjek ni, kami kena buat satu information exhibition... Tapi tak jadi sebab ada certain problem... Hurm... sedih jugak laa... Tapi lagi sedih si ketua projek exhibition ni iaitu Khairul Anwar a.k.a Kay Tre... sejak tu, dia kuat betul taching dengan orang-orang sekeliling dia...(itu realiti kan Kay, hang yg ckp mcm tu)...  Last2, kami buat video promotion untuk department dekat library je..



IMD205-MULTIMEDIA FOR INFORMATION PRESENTATION
This is my favourite subject... Kenapa? Sebab ini subjek multimedia... kena bermain dengan software Macromedia Director... And one more thing, subjek ini, favourite lecturer aku yang ajar, which is Miss Khadijah... She's so sweet... Terima kasih miss, sebab ajar kami yang agak lembab sikit bab-bab komputer nie... Moment paling aku terharu apabila miss sanggup buka kasut high heels dia sebab susah nak bergerak pakai heels dekat dalam lab... Miss sanggup semata-mata sebab nak ajar kami! Terima kasih sangat Miss... Saya sanggup belajar dengan miss sampai part 5 nanti... hehehe... ini gambar aku dengan Kiss Khadijah...

sorry, gambar tidak berkualiti tinggi..hehehe..



IMD206-INSTRUCTIONAL MEDIA APPLICATION 
Ini subjek bagaimana anda nak mengaplikasikan alat bantuan mengajar di dalam kelas...ASSURE MODEL... yup! itu basic subjek ni... Lecturer kami En. Ahmad Sufi Alawi... hensem orangnya sama macam nama nya jugak... Bekas pelajar UiTM Kedah, dan jadi lecturer di UiTM Kedah selepas tamat pengajian... Hebat kan?... Tagline En.Sufi paling famous bagi kami iaitu "Before I go, I would like to say, Assalamualaikum!".... sampai kami pun dah hafal ayat En.Sufi sebelum kelas tamat... hehehe... maaf, gambar dengan En.Sufi tak ada... kalau nak, cari laa fb dia ek...




IMD207-COMMUNICATION SKILLS FOR INFORMATION PROFFESIONAL II 
Public speaking! Yes.... I've done it... subjek yang memerlukan anda menjadi seorang speaker untuk Persuasive speech dan Informative speech... untuk informative speech, aku pilih tajuk "Different types of Chocolate and Their Uniqness" manakala untuk persuasive "Let's eat organic food"... Getaq jugak laaa bila duk depan kelas, sampaikan speech tu...
Subjek ini, Madame Hasniza yang ajar... she's so beautiful... like Chinese lady... Tengok gambar kat bawah nie...
Aku pun tak tahu kenapa semua orang senget masa ni..



IMD208-INTRODUCTION TO WEB CONTENT MANAGEMENT AND DESIGN
HTML or Hypertext Markup Language... Kami kena belajar buat coding untuk subjek ni... belajar buat individual website dan corporate website... Subjek yang ramai cakap "killer" subjek... tapi best belajar subjek ini... Tambah pulak sapa yang memang nak jadi web programmer tu... dan subjek ini jugak laa yang membuat aku tak tidur malam.... Lecturer kami, En.Firdaus... seorang lecturer yang sangat  baik dan senang kami belajar dengan En.Firdaus... kat bawah ni, corporate website group aku.. Louiss Vuitton website... kalau nak ikut sebijik2 macam LV punya web tu, memang tak mampu laa kan... so kami buat yang simple but informational and elegance (cewahhhhh, bukan main promote web sendiri)....



Gambar kecil-kecil cukup laa ok...

Itulah semua exit survey tentang semua subjek yang aku belajar semester nie... Hopefully, semuanya dapat lulus dengan cemerlang untuk result nanti... Doakan sama yaa.. Jumpa next entry...

Wassalam..