Monday 31 October 2011

:: Result oh result ....

Assalamualaikum.....hari nya bakal tiba...4 November 2011....tarikh keramat ni....tau tak sebab ape?? haaa....tarikh ni menandakan result Final Exam UiTM akan diumumkan....aduiii....getaq dah ni...kawan-kawan lain semua sibuk update status dekat fb...almost ckp result makin hampir...aku risau jgk...tapi, tak tahu lah kenapa, aku rasa macam relax jerr...haissshhhh, akma...cuba la wujudkan rasa cuak sikit dalam hati ekaw tu...iye,iye....aku cuba nie.....last sem alhamdulilah dapat Dekan...sem nie aku tak taw lagi sebab sem ni agak mencabar sedikit...apa yang aku boleh lakukan, hanya berdoa dan bertawakal setelah aku berusaha berhempas pulas memerah otak masa final exam hari tu....dan jangan lupa berzikir kerana ia pengubat jiwa paling mujarab...


Semoga aku mendapat result yang terbaik..insyaAllah..amin...

Sunday 23 October 2011

::| cerita si Ladybird..

Assalamualaikum....hari ni, aku nak share sedikit info mengenai seekor makhluk ciptaan Allah yang sangat cute iaitu "ladybird".... Alkisah...sewaktu aku tengah basuh beras dekat sinki untuk masak nasi, ternampak makhluk ni dekat dalam sinki tu...mula-mula aku biar je(kejam jgk kan)...tapi bila aku tengok dia still bergerak, aku pun dengan rasa penuh prihatin terasa nak selamat kan dia...so, ak ambil sudu dan angkat dia perlahan-lahan letak kat rumput...maka, terselamatlah dia... lepas tu, terus aku search dekat Mr.Google pasal ladybird ni...bagi sesiapa yang tak pernah tahu makhluk ni, ini lah gambar dia okey...




Fakta ladybird atau nama saintifiknya- Coccinella septempunctata:



  • Ladybird adalah kumbang.
  • Terdapat banyak jenis ladybird.
  • Mereka berlainan warna.
  •  Mereka mempunyai bintik pada  badan mereka.
  •  Hanya memakan serangga yang berada ditumbuhan.
  •  Apabila terbang, kepaknya akan bergerak 85 kali per saat...laju kan..
  •  Sesetengah tempat di Australia,mereka membela ladybird ini lalu di jualkan kepada industri2 tanaman bagi menjaga tanaman mereka.



Sekian sahaja untuk hari ini...

Saturday 22 October 2011

Cinta Sehujung Kuku...


Pada suatu masa, tinggal sepasang suami isteri yang saling menyayangi

Pada suatu hari, si isteri membuat satu permintaan kepada suaminya untuk hidup tanpa dirinya. Dia meminta kepada suaminya untuk tidak menghubungi dia langsung selama sehari..

Si isteri berkata kepada suaminya, “Bila abang dapat melepasi syarat itu, saya akan mencintai abang selamanya”.

Si suami bersetuju. Seharian dia tidak sms dan menelefon isterinya tanpa dia mengetahui bahawa isterinya hanya memiliki 24 jam untuk hidup, kerana si isteri terkena kanser..

Keesokan harinya si suami itu pulang ke rumah.

Air matanya menitis melihat isterinya sudah terbaring dengan surat di tangan yang bertulis “Kamu berjaya sayang, bolehkah kamu lakukan perkara itu setiap hari..? Saya mencintai kamu selamanya..”

Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….

Sunday 16 October 2011

:: erti sebuah persahabatan ::

Apa erti persahabatan di mata kalian? Sesungguhnya persahabatan itu lahir dari 1 pertemuan dengan 10 pertanyaan, 100 keyakinan, 1000 pengorbanan serta berjuta kali perjuangan di atas 1 keredhaan iaitu keredhaan Allah...seandainya seorang sahabat melakukan kebaikan, ukirlah ia di atas batu, agar kekal sebagai memori terindah...seandainya seorang sahabat melakukan kesalahan, tulislah ia di atas pasir agar hilang ditiup angin kemaafan....


Sahabat sampai mati.... | SMK Lambor Kiri |


Sahabat selamanya | UiTM Kedah |


Sahabat sampai bila-bila... | Politeknik Sultan Idris Shah |



Ramai yang mempunyai sahabat...tetapi tidak ramai yang mempunyai sahabat sejati...bukan semua sahabat sanggup menangis bersama apabila kita berada dalam kesusahan...bukan semua sahabat akan tersenyum gembira melihat kejayaan kita...hanya kita yang mampu menilai sejauh mana persahabatan kita dengan sahabat kita...




Permulaan pertama...

Assalamualaikum....first think first...percubaan pertama membuat blog untuk diri sendiri...akhirnya berjaya..dah lama nak membuat blog, tapi cuma tak cukup ilmu pengetahuan...konklusinya, jangan mudah mengalah dan teruskan belajar.. Alhamdulilah, ini post pertama yang wujud dalam blog ini...InsyaAllah akan di"update" dari masa ke semasa..blog ini sekadar mencoretkan perjalanan seorang gadis dalam hidup...

Sedikit fakta mengenai diriku... Mazatulakmar binti Junos nama diberi...asal dari Perak..anak jati negeri Perak ni... sekarang merupakan pelajar semester 2 Diploma in Information Management di UiTM Merbok, Kedah...mempunyai 6 orang adik-beradik...dan aku anak bongsu..tapi, betulkan stigma anda jika anda berfikir aku seorang yang manja...ramai yang menganggap bahawa anak bongsu seorang yang manja..tapi aku..aku seorang yang biasa-biasa dan tak manja mana pun...tambahan pula aku lahir hujung tahun..mostly, kawan-kawan aku cakap aku berfikir matang berbanding umur aku...betul atau tak, bergantung kepada orang menilai diri aku...

Kenapa aku pilih title 'life is about decision, so choose it well'? sebabnya ayat ni memang berlaku dalam kehidupan kita seharian...setiap apa yang kita lakukan memerlukan kita membuat keputusan...contohnya, sebelum nak keluar pergi makan, mesti kita tanya pada diri sendiri nak makan dekat mana? nak makan apa?..
sebelum nak keluar dengan kawan, mesti fikir dulu nak pakai baju warna apa? hijau atau ungu?
sebelum nak selesaikan masalah, mesti pilih jalan yang terbaik...kesimpulannya, apa sahaja yang kita buat, berkaitan dengan keputusan yang bakal kita ambil...jadi, kita mesti memilih dengan baik supaya apa yang kita lakukan sempurna dan selesa..